Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

OPR kekal pada paras tiga peratus - BNM

2024-11-08 HaiPress

Foto Fail

KUALA LUMPUR,6 November- Kadar Dasar Semalaman (OPR) terus dikekalkan pada paras semasa,tiga peratus.

Ia dimuktamadkan pada mesyuarat terakhir Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM),untuk tahun ini.

Tahap OPR tidak berubah sejak Julai 2023,selepas kenaikan 25 mata asas dibuat pada Mei tahun sama.

Menurut kenyataan BNM,pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa berkaitan prospek inflasi dan pertumbuhan.

"Jawatankuasa Dasar Monetori (MPC) akan terus memantau perkembangan semasa dan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mamp​an dalam keadaan harga yang stabil.

Ekonomi global terus berkembang dalam keadaan pasaran buruh yang berdaya tahan dan pemulihan dalam perdagangan global," kata kenyataan itu.

Di peringkat domestik,penunjuk terkini mencatatkan kegiatan ekonomi yang terus kukuh,didorong perbelanjaan dalam negeri dan kerancakkan aktiviti eksport.

Pertumbuhan guna tenaga dan upah berserta langkah-langkah dasar terus menyokong perbelanjaan isi rumah.

"Inflasi keseluruhan dan inflasi teras kekal sederhana pada purata 1.8 peratus serta diunjur kekal terkawal menjelang 2025.

Risiko kenaikan inflasi,bergantung pada tahap kesan limpahan langkah-langkah dasar,harga komoditi global dan perkembangan pasaran kewangan," tambah kenyataan itu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.