Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

2024-11-11 HaiPress

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR,11 November- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM38.19 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.50 bilion dalam dana Islam.

Hari ini,bank pusat akan menjalankan tiga tender repo berbalik bernilai RM2.0 bilion untuk tujuh hari,RM1.5 bilion untuk 30 hari dan RM1 bilion untuk 93 hari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM42.7 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM19.5 bilion. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.