Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Ribut petir, hujan lebat di semua negeri

2024-11-11 HaiPress

Ribut petir,hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda semua negeri / BERNAMA

KUALA LUMPUR,11 November- Ribut petir,hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda semua negeri kecuali Pulau Pinang hingga enam petang hari ini,menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 3.05 petang,MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat ialah seluruh Kuala Lumpur,Putrajaya,Perlis dan Melaka manakala Selangor melibatkan Hulu Selangor,Gombak,Petaling,Hulu Langat dan Sepang.

Keadaan sama diramal melanda Kedah (Kubang Pasu,Kota Setar,Pokok Sena,Padang Terap,Pendang,Sik,Baling,Kulim dan Bandar Baharu),dan Perak (Kerian,Larut,Matang dan Selama,Hulu Perak,Kuala Kangsar,Kinta,Perak Tengah,Kampar,Batang Padang dan Muallim).

Bagi Pantai Timur,kawasan terjejas di Kelantan adalah Jeli,Terengganu (Setiu,Kuala Nerus,Hulu Terengganu,Kuala Terengganu,Marang,Dungun dan Kemaman) manakala Pahang (Cameron Highlands,Lipis,Raub,Jerantut,Bentong,Temerloh,Kuantan dan Rompin).

Selain itu,kawasan terjejas di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu,Seremban,Port Dickson,Kuala Pilah dan Rembau manakala Johor membabitkan Tangkak,Muar,Batu Pahat,Kluang,Mersing,Pontian,Kulai,Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Di Sarawak,kawasan yang diramal terjejas adalah Sri Aman,Betong,Sarikei (Pakan),Bintulu (Bintulu),Miri (Subis,Miri dan Marudi) dan Limbang,manakala Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang,Beaufort dan Nabawan) dan Pantai Barat (Papar,Putatan,Penampang,Kota Kinabalu,Tuaran dan Kota Belud). - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.