Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Kes buli: MINDEF rancang tambah CCTV di ALKUPNM bagi kesan aktiviti

2024-11-14 HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,14 November- Kementerian Pertahanan sedang merancang untuk menambah jumlah Kamera Litar Tertutup (CCTV) di beberapa aras blok penginapan Akademi Latihan Ketenteraan,Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (ALKUPNM) bagi mengesan aktiviti mencurigakan termasuk kegiatan buli.

Menterinya,Datuk Sri Mohamaed Khaled Nordin berkata,setakat ini,tujuh kamera CCTV telah pun dipasang sejak Februari tahun lalu.

Selain itu,beberapa langkah penambahbaikan juga turut diambil termasuk; menambah jumlah perjawatan pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) untuk ditugaskan di ALK UPNM.

Tambah beliau,pemantauan pemeriksaan fizikal berkala kepada Pegawai Kadet turut dilakukan untuk mengesan sebarang aktiviti penderaan dan tindakan pemberhentian terhadap Pegawai Kadet yang didapati bersalah.

"Saya memberi jaminan bahawa kementerian pertahanan akan memberikan kerjasama penuh bagi sebarang tindakan selanjutnya.

"Pada masa sama MINDEF dan ATM akan melaksanakan siasatan dalaman di peringkat akademi latihan apabila wujud sesuatu aduan atau laporan",katanya demikian ketika menjawab soalan yang dikemukan oleh Ahli Parlimen Lumut,Nordin Ahmad Ismail di Parlimen.

Tambahnya,pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi dengan kegiatan buli dan akan menyerahkan sepenuh siasatan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam pada itu,Khaled turut menegaskan mana-mana pihak yang menyembunyikan berkait kes buli tidak terkecuali daripada tindakan undang-undang.

"Kita juga tekankan mengenai keseriusan kesalahan bersubahat. Mana-mana pihak yang menyembunyikan kes itu merupakan satu kesalahan.

"Jadi,yang ini kita akan tekankan. Soal mangsa saya ingat tiada masalah. Dia akan kembali menjadi normal",katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.