2024-11-15 HaiPress
FOTO BOMBA
RANAU,15 November- Seorang wanita warga emas ditemukan rentung selepas kediamannya musnah dalam kebakaran melibatkan dua rumah di Kampung Muhibbah,awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Taib berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 pagi berkenaan,Wong Ling Ying,74,dijumpai di rumahnya yang terbakar 99 peratus manakala rumah kedua terbakar 50 peratus.
“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu,Ridwan berkata jentera bomba dari BBP Ranau bergegas ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.
“Dua kenderaan turut terbakar,iaitu sebuah pacuan empat roda yang musnah 100 peratus manakala sebuah kereta terbakar empat peratus,” katanya.
Beliau berkata api berjaya dikawal pada 2.28 pagi,dan operasi ditamatkan pukul 4.14 pagi. - BERNAMA