2024-11-15 HaiPress
FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,15 November- Bursa Malaysia mengekang kenaikan awal apabila mengakhiri dagangan sesi pagi dengan prestasi rendah pada Jumaat,ekoran tekanan jualan dilihat di seluruh papan walaupun data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia adalah positif bagi suku ketiga 2024.
Pada 12.30 tengah hari,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.60 mata kepada 1,596.08 daripada 1,600.68 ketika ditutup semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka 0.75 mata lebih tinggi kepada 1,601.43 dan bergerak antara 1,595.09 hingga 1,604.51 sepanjang sesi pagi.
Keseluruhan pasaran adalah negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 523 berbanding 290,manakala 471 kaunter tidak berubah,1,180 kaunter tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.
Jumlah dagangan mencecah 1.67 bilion saham bernilai RM1.18 bilion.
Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan ekonomi Malaysia berkembang pada kadar KDNK sebanyak 5.3 peratus bagi suku ketiga 2024 susulan pengembangan 5.9 peratus pada suku sebelumnya,didorong oleh aktiviti pelaburan yang kukuh dan peningkatan eksport berterusan.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran saham Malaysia kurang sensitif terhadap data ekonomi,tidak seperti Amerika Syarikat.
“Penjualan saham tempatan yang berlaku dalam keadaan kelemahan serantau menunjukkan dana asing mungkin memilih keluar dari Asia buat masa ini.
“Bagaimanapun,saya berharap angka KDNK suku ketiga 2024 Malaysia akan memberi keyakinan kepada pelabur dan melonjakkan pasaran,” katanya kepada Bernama.
Oleh itu,beliau yakin peningkatan semula indeks yang cepat akan berlaku dan menjangkakan FBM KLCI bergerak dalam julat 1,600 hingga 1,610 hari ini.
Dalam kalangan saham berwajaran tinggi,MISC susut 35 sen kepada RM7.60,MR DIY berkurang 17 sen kepada RM1.93,Kuala Lumpur Kepong merosot 56 sen kepada RM21.84,manakala Maybank menambah empat sen kepada RM10.34,dan CIMB Group naik satu sen kepada RM8.21.
Antara saham aktif,Metro Healthcare yang baru disenaraikan di Pasaran ACE naik satu sen kepada 26 sen,Bumi Armada menambah 2.5 sen kepada 52.5 sen,Cape EMS dan Velesto Energy masing-masing menokok setengah sen kepada 38.5 sen dan 30 sen,manakala 3REN turun 1.5 sen kepada 39 sen.
Di papan indeks,Indeks FBM Emas Shariah menguncup 51.73 mata kepada 12,058.11,Indeks FBM Emas turun 22.45 mata kepada 12,122.99,Indeks FBMT 100 berkurang 21.32 mata kepada 11,824.56,Indeks FBM ACE kurang 22.29 mata kepada 5,107.30,manakala Indeks FBM 70 meningkat 14.75 mata kepada 17,815.03.
Mengikut sektor,Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.16 mata kepada 168.01,Indeks Tenaga susut 4.85 mata kepada 822.44,dan Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 68.10 mata kepada 19,162.34,manakala Indeks Perladangan menguncup 65.71 mata kepada 7,761.48.-- BERNAMA