Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

PM selamat tiba di Brazil, hadir Sidang Kemuncak G20

2024-11-17 HaiPress

Foto Fail

LIMA,17 November- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Rio de Janeiro,Brazil pada pukul 10.24 malam waktu tempatan bagi memulakan lawatan kerja dan menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20).

Beliau yang tiba dengan pesawat khas diiringi Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Setibanya di Lapangan Terbang Pangkala Tentera Udara Galeão,Perdana Menteri menerima penghormatan kawalan kehormat sebagai sambutan rasmi kedatangannya.

Beliau disambut Komander Pangkalan Tentera Udara Galeão,Leftenan Kolonel Buch Itamaraty dan wakil Kementerian Luar Brazil,Orlando Timponi serta Duta besar Malaysia ke Brazil,Gloria Tiwet.

Lawatan kerja sulung Datuk Seri Anwar ke Brazil adalah atas jemputan Presiden Republik itu,Luiz Inácio Lula da Silva.

Semasa Sidang Kemuncak G20,Perdana Menteri dijadual menyampaikan Kenyataan Negara dalam sesi mengenai Melawan Kebuluran dan Kemiskinan serta Pembaharuan Institusi Tadbir Urus Global.

Selain itu,beliau juga dijangka mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin dari Negara Anggota Kumpulan G20 untuk membincangkan isu-isu dua hala dan pelbagai hala yang berkepentingan bersama.

Perdana Menteri turut dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Brazil,untuk membincangkan kerjasama melibatkan kepentingan bersama dalam bidang perdagangan dan pelaburan serta industri semikonduktor.

Kedua-dua pemimpin juga akan bertukar pandangan mengenai perkembangan di forum serantau dan pelbagai hala termasuk ASEAN,BRICS dan G20.

Selain perbincangan meja bulat dengan kapten industri Brazil bagi mempromosikan peluang perniagaan,khususnya dalam sektor minyak dan gas dan teknologi digital.

Penglibatan Datuk Seri Anwar dalam Sidang Kemuncak G20 menekankan hasrat Malaysia untuk memajukan kerjasama ekonomi,menggalakkan kesejahteraan dan pembangunan inklusif serta reformasi tadbir urus global.

Lawatan kerja itu juga membuka peluang kerjasama yang lebih luas untuk Malaysia dan Brazil,apabila Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun 2025 dan Brazil sebagai Pengerusi BRICS pada tahun yang sama.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.