Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Kerajaan komited perkasa OKU, beri layanan sama rata

2024-11-17 HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,17 November- Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) komited pastikan kebajikan anak-anak Orang Kurang Upaya (OKU) terbela.

Menterinya,Datuk Seri Nancy Shukri berkata nasib mereka terus dibela dengan layanan sama rata yang diperkasa melalui peruntukan kementerian dalam Belanjawan 2025.

"Kita perlu memberi kesaksamaan kepada mereka yang memerlukan ini. Kita tidak kira sama ada dia PWD (persons with disabilities) atau anak-anak biasa.

Mereka perlu diberi perhatian dan juga beri layanan dengan cara yang saksama," kata Nancy kepada pemberita,hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelepasan Spastic Fun Run,sempena Larian Amal Tahunan Walk-Jog-Wheel-A-Thon ke-29 di ibu negara.

Menerusi Belanjawan 2025,sebanyak RM200 juta diperuntukkan bagi pemberian Elaun Murid Berkeperluan Khas yang memberi manfaat kepada lebih 100,000 pelajar OKU seluruh negara.

Turut diumumkan,RM5 juta bagi pembangunan Pusat Perkhidmatan Autisme di negara.

Dalam pada itu,beliau turut menyarankan setiap OKU untuk mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan tiada sesiapa ketinggalan terutama dalam mendapatkan bantuan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.