Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Fokus pengguna tempatan, MOSTI bangun LLM versi Melayu

2024-11-18 HaiPress

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR,18 November -Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengambil langkah proaktif untuk membangunkan Model Bahasa Raya (LLM) dalam versi bahasa Melayu,kata Timbalan Menteri Datuk Mohammad Yusof Apdal.

Menurut beliau,model itu dapat menyokong ekosistem Kecerdasan Buatan (AI) tempatan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada teknologi AI dari luar negara.

Katanya,pembangunan LLM tersebut membabitkan kerjasama MOSTI dengan universiti dan syarikat tempatan.

"LLM selaku model generatif AI yang dilatih untuk memahami dan menghasilkan bahasa manusia mengikut nilai dan budaya setempat,dihasilkan dengan kerjasama universiti dan syarikat tempatan,antaranya Mesolitica Sdn Bhd (Mesolitica).

"MIMOS (pusat penyelidikan dan pembangunan kebangsaan) sebuah agensi MOSTI dengan Mesolitica sedang bekerjasama untuk meningkatkan keupayaan dan keberkesanan model ini.

"Kerjasama ini akan turut melibatkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di masa hadapan bagi memperkayakan bahasa Malaysia," katanya menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen Petaling Jaya,Lee Chean Chung di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya,pembangunan LLM tempatan akan mematuhi Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan (AIGE) yang dilancar September lalu yang akan dikongsi bersama negara-negara Asean.

Garis panduan itu juga bertujuan untuk mewujudkan kerangka kerja yang seragam bagi pembangunan dan penggunaan teknologi AI secara bertanggungjawab di rantau ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.