2024-11-18 HaiPress
Foto hiasan
PETALING JAYA,18 November- Amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di negeri Pahang dan Johor sehingga Sabtu ini (23 November).
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan cuaca tersebut di Pahang melibatkan Kuantan,Pekan dan Rompin,manakala di Johor pula melibatkan Segamat,Kluang,Mersing dan Kota Tinggi.
Hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di negeri Kelantan,Terengganu dan Pahang sehingga Sabtu ini.
"Kelantan (Tumpat,Pasir Mas,Kota Bharu,Tanah Merah,Bachok,Machang dan Pasir Puteh),Terengganu dan Pahang (Jerantut,Temerloh,Maran dan Bera) sehingga Sabtu,23 November 2024.
Selain itu,MetMalaysia turut menjangkakan hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Negeri Sembilan,Melaka dan Johor sehingga esok.
"Negeri Sembilan melibatkan Kuala Pilah,Jempol dan Tampin,Melaka,Johor (Tangkak,Muar,Batu Pahat,Pontian,Kulai dan Johor Bahru)",katanya.