Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

3,967 Kes Transplan sel dilaksana di empat hospital KK

2024-11-18 HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,18 November -Sejumlah 3,967 kes rawatan Transplan Sel/Sumsum Tulang (SCT/BMT) telah dilaksanakan diempat hospital Kementerian Kesihatan (KKM) dalam tempoh 25 tahun,kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Dzulkefly berkata Hospital Ampang selaku peneraju utama telah mengendalikan 3,259 kes SCT/BMT dengan purata hampir 200 kessetiap tahun.

“Hospital Pulau Pinang telah mengendalikan384 kes,manakala Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru,Johor (260 kes) dan Hospital Queen Elizabeth 1,Kota Kinabalu,Sabah (64 kes),” katanya padasidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Jubli Perak Perkhidmatan SCT/BMT KKM di Hospital Ampangdi sini hari ini.

Dalam pada itu,beliau berkata Hospital Umum Sarawak di Kuching dijangka memulakan perkhidmatan berkenaanpada Mac tahun hadapan sebagai hospital kelima yang menawarkan SCT/BMT,diikuti Hospital Tengku Ampuan Afzan,Kuantan,Pahang yang akan dibangunkan sebagai pusat SCT/BMT.

“Hospital Umum Sarawak akan dimulakan selewatnya suku pertama tahun depan atau Mac 2025. Kita ada empat atau lima pakar di situ bersekali dengan jururawat yang mempunyai kepakaran latihan asas menyeluruh dalam hematologi,” katanya.

Dzulkefly berkata pihaknya menganggarkan harga pasaran bagi rawatan itu kini mencecahRM120,000 ke RM300,000,namun KKM telah menetapkankos rawatan perlu kekal rendah dengan jumlah RM20,000 hingga RM80,000.

“Pesakit biasa dikenakan caj RM500,manakala warga emas hanya RM250 bergantung kepada kompleks pesakit tersebut. Itu adalah komitmen kemampanan dan penjagaan kesihatan yang sama rata,supaya semua orang dapat capaian kepada prosedur SCT/BMT ini,” katanya.

Sementara itu,beliau berkata KKM juga akanmeningkatkan bilangan Pakar Hematologi terlatih di seluruh Malaysiakepada 50 orang untuk tahun hadapan.

“Yang mampu membuat rawatan Transplan Sel ini lebih kurang 10 orang. Di Hospital Ampang sahaja kita ada empat pakar dan yang lain di Hospital Pulau Pinang sertaHospital Sultanah Aminah,” katanya.- Bernama

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.