Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Bot karam di Kapit, juragan dikhuatiri lemas

2024-11-20 HaiPress

Pasukan bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Rajang,Kapit/Foto Bomba

SIBU,20 November -Dua selamat manakala seorang dipercayai hilang selepas bot yang dinaiki karam akibat melanggar batu jeram di kawasan Nanga Makoh,Sungai Rajang,Kapit petang selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit,Timoty Barat berkata,mangsa yang hilang dikenali sebagai Bubut Benang berusia 57 tahun yang juga seorang Tuai Rumah.

Menurut beliau mangsa bersama dua rakan sekerja sedang dalam perjalanan pulang dari tapak pembinaan di Nanga Benin ke pekan Kapit sekitar pukul 5.00 petang semalam.

”Radius pencarian kita adalah dua kilometer daripada kawasan pencarian iaitu di Nanga Makoh,jadi mangsa dikatakan tidak sempat menyelamatkan diri manakala dua orang lagi tu sempat diselamatkan orang kampung yang berdekatan," katanya kepada RTM.

Tambah beliau,kawasan kejadian terletak di hilir jeram Pelagus yang mempunyai laluan sungai yang berbatu besar yang tidak kelihatan bawah permukaan air dan keadaan air yang deras dan berbahaya kepada pengangkutan sungai.

Katanya,operasi SAR disertai oleh anggota BBP Kapit,Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),Polis Diraja Malaysia (PDRM),Lembaga Sungai Sarawak (LSS),kakitangan pejabat daerah,serta 15 penduduk kampung termasuk dua ahli keluarga mangsa yang menggunakan bot persendirian.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.