2024-11-21 HaiPress
FOTO BERNAMA
PUTRAJAYA,21 November- Malaysia dan Vietnam sepakat untuk memperkukuh kerjasama strategik yang lebih komprehensif di antara kedua-dua negara dalam pelbagai sektor termasuk pertahanan,marin,digitaldan tenaga.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin kerjasama itu dapat memanfaatkan Grid Tenaga ASEAN untuk merangsang pertumbuhan serantau.
“Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam To Lam menunjukkan sokongan yang amat baik dan begitu juga dengan pemimpin di Vietnam.
"Sehubungan itu,kita akan memastikan kita akan memudahkan kerjasama dalam semua bidang iaitu pertahanan,marin dan seperti yang kita saksikan dua memorandum persefahaman (MOU) MATRADE dan Petronas serta digital dan tenaga menerusi Grid Tenaga ASEAN,” katanya dalam sidang media bersama selepas mesyuarat dua hala kedua-dua pemimpin di Bangunan Perdana Putra.
Terdahulu,Datuk Seri Anwar dan dan Lam menyaksikan pertukaran MoU bagi meningkatkan promosi perdagangan antara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan Agensi Promosi Perdagangan Vietnam (VIETRADE) serta Memorandum Kerjasama antara PETRONAS dengan PETROVIETNAM dalam bidang tenaga boleh baharu.
Lam dan isteri Ngo Phuong Ly serta delegasinya tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 11.15 pagi.
Beliau kemudiannya diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana.
Ini merupakan lawatan pertama beliau ke Malaysia sejak dipilih sebagai Ketua Parti Komunias Vietnam,Ogos lalu.