Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Pelajar rentas Sungai Golok bakal ditempatkan di asrama

2024-11-25 HaiPress

Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR,25 November- Kira-kira 104 pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand,dikenal pasti Kementerian Pendidikan (KPM) merentas Sungai Golok melalui pangkalan haram setiap hari untuk bersekolah di negara ini,bakal ditempatkan di asrama.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata,tindakan susulan pertama itu dibuat dengan perbincangan waris pelajar terbabit bagi memastikan proses keselamatan selesai sebelum 1 Disember.

"Kita telah pun mengambil pendekatan untuk menempatkan mereka di asrama dan mengenal pasti asrama yang boleh mereka tinggal untuk keselamatan dan meneruskan pendidikan.

"Masih ada lagi yang memerlukan pas untuk menyeberangi Sungai Golok tetapi kita telah mengambil tindakan tegas untuk memastikan bahawa jika ada keperluan menyeberangi pun mereka harus melalui laluan yang sah menggunakan pas yang sah," katanya selepas Program Peluncuran Kit Duta Sahsiah di ibu negara.

Perkara itu bagi memastikan akses keselamatan dan pendidikan dapat diteruskan khususnya dalam kalangan pelajar.

"Saya minta ketua pengarah di peringkat JPN Kelantan untuk memastikan isu asrama ini diselesaikan bagi memastikan tiada isu kemudian keselamatan selepas 1 Disember ini," katanya lagi.

Program itu juga turut disiarkan secara langsung melalui EduwebTV dan Facebook KPM serentak di seluruh negara melibatkan lebih 10,000 buah sekolah serta lima juta murid.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.