Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Teroka potensi pelajar luar bandar jurusan agama dengan TVET

2025-01-26 HaiPress

Profesor Madya Dr Kamarul Azman (dua dari kiri) pada Program Penyampaian sumbangan beras dan wang tunai bersama Alumni 4B Padang Terap kepada pelajar sekolah agama Maktab Mahmud Padang Terap di Padang Sanai,Kedah

PADANG TERAP,26 Januari- Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melibatkan pelajar di kawasan luar bandar perlu diperkasakan menerusi kerjasama yang lebih jitu antara pihak industri dan institusi pendidikan.


Ia khususnya melibatkan pelajar Sekolah Agama Bantuan Kerajaan,SABK dan sekolah agama persendirian di kawasan luar bandar.


Timbalan Dekan Ghazali Shafie Graduate School Of Government (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM),Prof Madya Dr Kamarul Azman Khamis berkata berdasarkan pemantauan yang dilakukan,masih ramai pelajar di SABK dan sekolah agama persendirian kurang mendapat pendedahan berkaitan TVET.


Ia menyebabkan peluang dan ruang untuk pelajar terbabit mengasah bakat dan kemahiran masing-masing ke tahap yang lebih tinggi menjadi agak terhad.


Justeru,institusi pendidikan berasaskan TVET yang ada di negara ini boleh memainkan peranan dengan lebih agresif bagi menggerakkan program-program TVET secara besar-besaran di kawasan luar bandar.


Katanya,penglibatan pihak industri pula secara tidak langsung akan memberi motivasi dan semangat serta nilaitambah kepada para pelajar untuk meningkatkan kebolehan kendiri.


Profesor Madya Dr Kamarul Azman berkata demikian selepas Program Penyampaian sumbangan beras dan wang tunai bersama Alumni 4B Padang Terap kepada pelajar sekolah agama Maktab Mahmud Padang Terap di Padang Sanai,Kedah.


Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.