Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Guru

2025-05-16 IDOPRESS

FOTO FACEBOOK Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR,16 Mei- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di negara ini.

Baginda bertitah guru adalah insan hebat yang mencurahkan ilmu mereka tanpa mengharapkan balasan demi membentuk masyarakat cemerlang.

"Tanpa guru tiadalah ilmu,tanpa ilmu gelaplah arah itu. Guru adalah cahaya menerangi jalan kita ke arah masa depan yang lebih cemerlang.

"Terima kasih kepada semua guru di atas jasa dan pengorbanan anda,sama ada di bandar mahu pun pedalaman,bakti kalian tetap dikenang," titah baginda menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.