Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Niaga hadapan emas ditutup rendah

2025-05-21 HaiPress

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,20 Mei- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini,mencerminkan kelemahan pasaran emas COMEX Amerika Syarikat.

Kontrak bulan semerta Mei 2025 susut kepada US$3,244.70 setiap auns troy daripada US$3,247.40 setiap auns troy semalam,manakala Jun 2025 turun kepada US$3,257.50 setiap auns troy daripada US$3,261.10 setiap auns troy.

Kontrak Julai,Ogos dan Oktober 2025 merosot kepada US$3,271.20 setiap auns troy daripada US$3,274.80 setiap auns troy sebelum itu.

Jumlah dagangan melonjak kepada 477 lot daripada 108 lot pada Isnin,manakala kepentingan terbuka turun kepada 33 kontrak daripada 157 kontrak semalam.

Menurut penetapan harga sebelah petang oleh London Bullion Market Association pada 19 Mei,emas fizikal berharga US$3,230.15 setiap auns troy.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.