2025-05-26
HaiPress
Setiausaha Rendah Hal Ehwal Dua Hala dan ASEAN,Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina,Ma Theressa P. Lazaro / Foto RTM
KUALA LUMPUR,24 Mei – Filipina menyatakan kesediaannya untuk mengambil alih peranan sebagai Pengerusi ASEAN bagi tahun 2026,dengan komitmen untuk meneruskan pencapaian yang telah digerakkan oleh Malaysia sepanjang tahun pengerusiannya ini.
Setiausaha Rendah Hal Ehwal Dua Hala dan ASEAN,Ma Theressa P. Lazaro berkata meskipun masih terdapat banyak cabaran,negaranya menganggap peranan tersebut sebagai tanggungjawab penting bagi memastikan kesinambungan dan kemajuan rantau ini.
“Filipina akan meneruskan asas kukuh yang telah dibina Malaysia. Kami mengucapkan tahniah atas apa yang telah dilakukan Malaysia dan kami berhasrat untuk membina di atas kejayaan itu,” katanya ketika ditemui semasa Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN (SOM),di sini.
Menurutnya,perancangan awal sedang dilakukan sebagai persediaan untuk tahun 2026,yang disifatkan sebagai satu tonggak penting buat negaranya dalam pentas serantau.
“Kami belum bersedia untuk berkongsi keutamaan dan pencapaian yang dirancang buat masa ini,kerana Malaysia masih menerajui pengerusian tahun ini. Namun kami ingin melihat Malaysia menyelesaikan tanggungjawab ini dengan cemerlang,dan kami akan menyambungnya selepas itu,” jelas beliau.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung di Kuala Lumpur tahun ini menyaksikan Malaysia sebagai pengerusi,dengan pelbagai isu utama rantau ini sedang dibincangkan menjelang mesyuarat para pemimpin negara anggota pada 26 Mei.