Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Grid Tenaga ASEAN lambang kejayaan sidang kemuncak serantau tahun ini

2025-05-26 IDOPRESS

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri Vietnam,Pham Minh Chinh di Bangunan Perdana Putra sempena lawatan rasmi pertama pemimpin Vietnam itu ke Malaysia. /Foto BERNAMA

PUTRAJAYA,25 Mei- Projek mega Grid Tenaga ASEAN yang menghubungkan kabel dasar laut dari Vietnam ke Semenanjung Malaysia dan seterusnya ke Singapura dilihat sebagai pencapaian paling signifikan Sidang Kemuncak ASEAN tahun ini,kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata,kejayaan itu bukan sekadar pengumuman retorik,tetapi diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan program dan projek,sejajar dengan dasar peralihan tenaga negara.

"Projek gergasi Grid Tenaga ASEAN yang mana kabel dasar laut dari Vietnam ke Semenanjung dan melalui Grid Nasional kita ke Singapura,bagi saya ia adalah antara satu kejayaan utama Sidang Kemuncak ASEAN tahun ini.

"Kita bukan sekadar membuat pengumuman yang mengagumkan mengenai projek besar,kerjasama,atau usaha diplomatik,tetapi kali ini kita berjaya melaksanakannya melalui program dan projek yang berkesan,sejajar dengan dasar peralihan tenaga negara untuk tenaga alternatif di rantau ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Vietnam,Pham Minh Chinh sempena lawatan rasmi rakan sejawatnya itu ke Malaysia,hari ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.