Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Polis Perak lantik peguam wakili waris mangsa kemalangan FRU, elak eksploitasi pampasan

2025-05-28 HaiPress

Datuk Noor Hisam Nordin bercakap pada sidang media sempena lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik serta Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Gerik dan Pengerusi Perkep Daerah Gerik

GERIK,27 Mei- Polis Perak telah melantik peguam bagi mewakili semua waris mangsa nahas kemalangan yang melibatkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) pada 13 Mei lalu.

Ketua Polis Perak,Datuk Noor Hisam Nordin berkata,langkah itu diambil bagi mengelak sebarang eksploitasi terhadap pampasan serta sumbangan yang bakal diterima waris.

"Jumlah wang yang akan diterima oleh waris ini agak besar,jadi ramai pihak termasuk sindiket penipuan mengambil peluang. Malah,Raja Permaisuri Perak sendiri turut menyatakan kebimbangan berhubung perkara ini.

"Kami tidak jangka pada mulanya,tetapi apabila dimaklumkan oleh waris-waris,ternyata ia benar," jelas beliau.

Sehubungan itu,polis tidak membenarkan mana-mana pihak berhubung terus dengan waris secara individu. Semua urusan perlu melalui peguam yang telah dilantik.

Datuk Noor Hisam berkata demikian pada sidang media sempena lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik serta Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Gerik dan Pengerusi Perkep Daerah Gerik,pagi tadi.

Majlis tersebut turut menyaksikan Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik,DSP Muhammad Firdaus Abdullah memangku jawatan Ketua Polis Daerah Gerik menggantikan Superintendan Zulkifli Mahmood yang dilantik sebagai Timbalan Komander Pasukan Polis Marin (Operasi/Risik) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam,Bukit Aman.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.