Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Umat Islam di Malaysia sambut Hari Raya Aidiladha 1446H, Sabtu 7 Jun 2025

2025-05-28 IDOPRESS

Pengumuman Hari Raya Aidiladha 1446 Hijrah oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja,Datuk Mohd. Aseral Jusman

KUALA LUMPUR,27 Mei- Umat Islam di seluruh negara bakal menyambut Hari Raya Aidiladha 1446 Hijrah pada Sabtu,7 Jun depan.

Pengumuman berkenaan dibuat Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja,Datuk Mohd. Aseral Jusman menerusi siaran langsung di TV1.

“Tarikh 1 Zulhijjah 1446H adalah pada 29 Mei 2025,maka Hari Raya Korban atau Aidiladha pada 10 Zulhijjah 1446 bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada Sabtu,7 Jun 2025,” katanya dalam pengumuman tersebut.

Penetapan tarikh itu dibuat berdasarkan hasil cerapan anak bulan Zulhijjah yang dilakukan di 29 lokasi rasmi di seluruh negara,termasuk Bukit Jugra di Selangor,Teluk Kemang di Negeri Sembilan,dan Bukit Tanjong Batu di Sabah.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.