Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Projek kesalinghubungan fizikal IMT-GT bernilai AS$39 bilion sedang dilaksana

2025-05-28 IDOPRESS

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim /Foto RTM

KUALA LUMPUR,27 Mei-Hampir AS$39 bilion nilai projek kesalinghubungan fizikal merentasi tiga negara,Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT),sedang dilaksanakan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia merangkumi pembinaan jalan raya,rel,pelabuhan,lapangan terbang dan kemudahan logistik di ketiga-tiga negara.

Beliau yang juga Pengerusi Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 menegaskan pelaburan infrastruktur ini bukan sahaja perlu disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Malah harus dibangunkan dengan ciri-ciri pintar,berdaya tahan dan mesra alam bagi memenuhi keperluan masa hadapan.

"Terima kasih khusus kepada Thailand kerana Perdana Menterinya bertindak pantas dalam memastikan kelulusan beberapa projek di sempadan,termasuk Jambatan Sempadan Rantau Panjang,dan projek ini berjalan dengan baik," katanya.

"Kita perlu memberi tumpuan kepada isu perubahan iklim yang terus memberi kesan besar terhadap kehidupan dan mata pencarian penduduk di seluruh subwilayah",katanya demikian dalam ucaptamanya sempena Sidang Kemuncak Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) ke-16 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Tambah beliau,inisiatif seperti Pelan Tindakan Bandar Hijau,Rangka Kerja Pembangunan Bandar Lestari dan kerjasama dalam tenaga bersih menunjukkan hala tuju yang positif,namun langkah yang lebih menyeluruh dan drastik masih diperlukan.

Pada sidang kemuncak itu,Datuk Seri Anwar turut menyatakan tumpuannya untuk memacu transformasi ekonomi menerusi peningkatan kesalinghubungan rentas sempadan,pelancongan,sektor halal,agroindustri dan pengukuhan perusahaan mikro,kecil dan sederhana (PMKS) di seluruh subwilayah IMT-GT.

Turut hadir Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia Airlangga Hartarto,Setiausaha Agung ASEAN,Dr Kao Kim Hourn,Presiden Bank Pembangunan Asia (ADB),Masato Kanda dan Menteri Ekonomi Malaysia,Datuk Seri Rafizi Ramli.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.