Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Ringgit mengukuh berbanding dolar

2025-05-30 HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,30 Mei- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini,didorong oleh keyakinan pelabur yang lebih baik terhadap mata wang pasaran sedang pesat membangun selepas sebuah mahkamah di Amerika Syarikat (AS) menghentikan sementara keputusan untuk menyekat sebahagian besar tarif import era Trump,kata penganalisis.

Pada 8 pagi,mata wang tempatan melonjak kepada 4.2180/2485 berbanding dolar AS daripada 4.2390/2475 pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) merosot di bawah paras 100 mata kepada 99.278 mata selepas Mahkamah Rayuan AS memberikan penangguhan sementara terhadap keputusan Mahkamah Perdagangan Antarabangsa AS yang akan menyekat sebahagian besar tarif import era Trump pada Rabu (waktu AS).

Katanya data ekonomi AS dilihat lemah apabila Tuntutan Pengangguran Awal meningkat melebihi jangkaan kepada 240,000 minggu lepas berbanding anggaran konsensus sebanyak 229,000 manakala Tuntutan Pengangguran Berterusan naik kepada 1.91 juta pada minggu berakhir 17 Mei daripada 1.89 juta pada minggu sebelumnya.

“Selain itu,anggaran kedua bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS pada suku pertama 2025 mencatatkan penguncupan sebanyak 0.2 peratus suku ke suku berdasarkan kadar tahunan yang diselaraskan mengikut musim,lebih baik daripada anggaran pertama -0.3 peratus tetapi lebih rendah daripada pertumbuhan 2.4 peratus pada suku tahun sebelumnya.

“Trend penyusutan dolar AS dijangka berterusan hari ini,memberi manfaat kepada ringgit,” katanya kepada Bernama.

Katanya peniaga dan pelabur akan memberi tumpuan kepada data inflasi Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE).

Konsensus menjangkakan PCE keseluruhan dan PCE teras mencatatkan kadar sederhana,masing-masing sebanyak 2.2 peratus dan 2.5 peratus pada April berbanding 2.3 peratus dan 2.6 peratus pada bulan sebelumnya.

Oleh itu,katanya ringgit dijangka diniagakan tinggi hari ini,berkemungkinan RM4.21 dan RM4.22 berikutan unjuran dolar AS yang rendah.

Pada sesi pembukaan,ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding pound kepada 5.6943/7355 daripada 5.7091/7205 pada Khamis dan naik berbanding euro kepada 4.7992/8339 daripada 4.7803/7899 sebelum ini.

Bagaimanapun,mata wang tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9349/9563 daripada 2.9188/9249 semalam.

Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2789/3031 daripada 3.2853/2921 pada Khamis dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 258.6/260.6 daripada 259.9/260.5 sebelum ini.

Ringgit naik berbanding peso Filipina kepada 7.56/7.62 daripada 7.60/7.62 semalam,bagaimanapun,merosot berbanding baht Thailand kepada 12.9565/13.0590 daripada 12.9321/9647 sebelum ini.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.