Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

RON95: Penstrukturan semula subsidi tidak jejas harga dalam masa terdekat

2025-05-30 IDOPRESS

MIDF menjangkakan pelaksanaan subsidi bersasar RON95 tidak beri tekanan harga kepada pengguna dalam masa terdekat. Foto- BERNAMA

KUALA LUMPUR,29 Mei - Pelaksanaan rasionalisasi subsidi petrol RON95 pada separuh kedua tahun ini dijangka memberi kelegaan sementara kepada pengguna serta menyokong perbelanjaan swasta dalam keadaan inflasi yang stabil.

Bagaimanapun,MIDF Amanah Investment Bank Bhd menjangkakan pelaksanaan itu mungkin ditangguhkan ke suku keempat 2025.

Penangguhan itu disebabkan beberapa isu belum diselesaikan termasuk kriteria kelayakan dan mekanisme penyampaian subsidi.

Menurut nota penyelidikan MIDF Amanah hari ini,pengguna dijangka tidak akan berdepan tekanan harga yang ketara menerusi mekanisme pemindahan kos.

Namun begitu,tekanan inflasi berkemungkinan mula dirasai pada akhir tahun.

Situasi itu mungkin berlaku sekiranya kos meningkat akibat pelaksanaan semula subsidi bersasar dan kenaikan kos utiliti dalam sektor perniagaan.

MIDF Amanah turut menekankan jurang yang semakin melebar antara Indeks Harga Pengeluar (PPI) dan Indeks Harga Pengguna (CPI).

CPI direkodkan mencatat pertumbuhan sederhana 1.4 peratus tahun ke tahun bagi April 2025.

Tekanan harga yang lemah itu berpunca daripada penurunan ketara harga dalam sektor perlombongan.

Keadaan tersebut didorong oleh kejatuhan mendadak harga petroleum mentah,manakala harga gas asli turut menyusut,namun pada kadar yang lebih perlahan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.