2025-06-19
HaiPress
Anggota bomba memadam kebakaran enjin sebuah kereta di tingkat bawah sebuah kondominium di Wangsa Maju,pagi tadi.
KUALA LUMPUR,19 Jun - 11 individu alami sesak nafas akibat terhidu asap kebakaran di sebuah kondominium,di Wangsa Maju di sini,hari ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata,pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju dikejar ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pukul 9.45 pagi tadi.
"Menurut Komander Operasi PBK II,Nasaruddin Harun,kebakaran berlaku di tingkat bawah kondominum melibatkan bahagian enjin sebuah kereta.
"Insiden tersebut menyebabkan 11 orang mangsa lelaki dewasa warganegara asing mengalami sesak nafas,dipercayai akibat terhidu asap tebal dari kebakaran," kata kenyataan itu.
Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.
Enam mangsa dihantar menggunakan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,dua menaiki kenderaan EMRS BBP Wangsa Maju,manakala selebihnya dihantar menggunakan ambulans HKL.
Siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian sedang dijalankan.