2025-06-19
HaiPress
Penganalisis Hubungan Antarabangsa,Universiti Teknologi Mara (UiTM). Foto RTM Dr Mazlan Che Soh
KUALA LUMPUR,18 Jun - Pencapaian membanggakan negara dalam Laporan Penarafan Daya Saing Dunia (WCR) 2025,manifestasi kepada komitmen kerajaan memperkukuh keupayaan pentadbiran,mempercepat transformasi digital serta meningkatkan daya saing negara di peringkat global.
Kejayaan tersebut bukan sahaja mencerminkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap,tetapi turut memperlihat kemajuan dalam agenda transformasi digital negara.
Penganalisis Hubungan Antarabangsa,Universiti Teknologi Mara (UiTM),Dr Mazlan Che Soh berkata,peningkatan yang ketara itu juga dilihat sebagai bukti kejayaan pelaksanaan dasar serta program di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI.
''Ini juga mencerminkan dasar-dasar dan juga program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI berjaya memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan,mempercepat lagi transformasi digital,dan meningkatkan daya saing negara."
"Dari sudut ekonomi pengiktirafan ini penting khususnya dalam konteks untuk menggalakkan pelaburan langsung asing (FDI) dan akan meletakkan Malaysia sebagai contoh atau pemimpin dalam melaksanakan transformasi digital yang mampu dan inklusif terutamanya di peringkat ASEAN," katanya kepada berita RTM.
Malaysia mencatat lonjakan dalam WCR 2025 apabila naik 11 anak tangga ke kedudukan ke-23 daripada 69 ekonomi,berbanding tempat ke-34 tahun lalu.