Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Malaysia, Uzbekistan teroka kerjasama dalam tenaga, pelancongan dan pendidikan

2025-06-24 IDOPRESS

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof (dua,kiri) mengadakan mesyuarat dua hala dengan Menteri Tenaga Uzbekistan Jurabek Mirzamakhmudov (kanan) pada Isnin / Foto Bernama

TASHKENT,23 Jun – Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air,Datuk Seri Fadillah Yusof mengadakan pertemuan dan mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatannya dari Uzbekistan,Djamshid Kuchkarov,serta Menteri Tenaga negara itu,Jurabek Mirzamahmudov,dalam rangka lawatan kerja ke republik berkenaan.

Pertemuan dengan Djamshid Kuchkarov,yang turut memegang portfolio Menteri Ekonomi dan Kewangan Uzbekistan,membincangkan peluang kerjasama strategik antara kedua-dua negara dalam beberapa sektor berpotensi tinggi termasuk tenaga,pelancongan dan pendidikan.

Dalam mesyuarat berasingan bersama Jurabek Mirzamahmudov pula,perbincangan tertumpu kepada potensi kerjasama dalam bidang Teknologi Grid Pintar,sejajar dengan keperluan kedua-dua negara ke arah peralihan tenaga yang lebih lestari.

Kedua-dua pihak menyatakan komitmen untuk memperkukuh pertukaran kepakaran serta latihan teknikal dalam bidang tenaga dan teknologi berkaitan.

Mesyuarat turut disertai Timbalan Menteri Luar,Datuk Mohamad Alamin; Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan,Ilham Tuah Ilias; serta Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air,Mareena Mahpudz.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.