Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

SMK Mahmud Mahyidin terpilih Sekolah Angkat MADANI JPNIN

2025-07-08 IDOPRESS

Datuk Che Roslan Che Daud merasmikan Majlis Santuni MADANI Warga Rukun Tetangga Daerah Tumpat serta PIBG SMK Mahmud Mahyidin dan Peluncuran Sekolah Angkat MADANI,hari ini

TUMPAT,8 Julai- Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mahmud Mahyidin,Tumpat,Kelantan diumumkan sebagai Sekolah Angkat MADANI oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN),menjadikannya antara 25 sekolah di daerah itu yang terpilih di bawah inisiatif yang dilancarkan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,pada Jun lalu.

Ketua Pengarah JPNIN,Datuk Che Roslan Che Daud berkata,program ini menekankan pembangunan infrastruktur,perolehan aset dan sahsiah pelajar,khususnya di sekolah luar bandar.

Jelas beliau,selepas sesi libat urus bersama pihak sekolah,JPNIN bersetuju menyalurkan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi menaik taraf fasiliti termasuk mewujudkan kelas pintar,pembaikan pendawaian serta pembelian dua unit robotik dan peralatan pembelajaran lain.

"Komponen kita ni bergantung kepada libat urus pihak sekolah,ada yang buat pembaikan dan sebagainya. Di sini,di Sekolah Angkat MADANI,kita menaik taraf kelas,pembaikan pendawaian dan juga aset-aset seperti smart TV,robotik dan sebagainya bagi menjadikan satu kelas yang pintar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Santuni MADANI Warga Rukun Tetangga Daerah Tumpat serta PIBG SMK Mahmud Mahyidin dan Peluncuran Sekolah Angkat MADANI,hari ini.

Tambahnya,pelaksanaan Sekolah Angkat MADANI bukan sekadar simbolik,sebaliknya strategi memperkukuh nilai perpaduan,kenegaraan dan jati diri dalam kalangan pelajar.

Ketua Pengarah JPNIN,Datuk Che Roslan Che Daud
JPNIN,ujarnya,akan bekerjasama rapat dengan pihak sekolah,Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta komuniti Rukun Tetangga bagi menyemai nilai Malaysia MADANI,menyokong pembangunan pelajar dan menggalakkan penglibatan alumni serta masyarakat dalam sistem pendidikan.Terdahulu,Perdana Menteri menyatakan bahawa inisiatif ini bukan sekadar tanggungjawab sosial korporat (CSR),tetapi lambang komitmen kolektif dalam memperkasa pendidikan negara secara inklusif dan berperikemanusiaan,dengan penglibatan sektor korporat,penjawat awam dan komuniti setempat.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.