Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Tragedi Sungai Korok: Persatuan Alumni Maktab Mahmud hulur sumbangan kepada keluarga mangsa

2025-07-10 IDOPRESS

Yang Dipertua Persatuan Alumni Maktab Mahmud,Datuk Dr. Zulkifly Mohamad menyampaikan sumbangan kepada ahli keluarga mangsa tragedi Sungai Korok/ Foto FB Datozul Mohamad

JERLUN,10 Julai - Prihatin dengan tragedi yang mengorbankan enam sekeluarga di Sungai Korok pada Isnin lalu,Persatuan Alumni Maktab Mahmud tampil menghulurkan sumbangan kepada keluarga mangsa.

Sumbangan berupa wang tunai disampaikan oleh Yang Dipertua Persatuan Alumni Maktab Mahmud,Datuk Dr. Zulkifly Mohamad kepada ahli keluarga mangsa di Kampung Bohor Karang,di sini.


Menurut Zulkifly,pihaknya sedih dan terharu dengan tragedi yang menimpa keluarga berkenaan,tambahan pula mangsa,Allahyarham Mohamad Azim Izat Ishak,32 tahun merupakan bekas pelajar Maktab Mahmud pada tahun 2010.


Selain itu,bapa dan bapa mertua Allahyarham juga merupakan bekas pelajar Maktab Mahmud.


Beliau berharap sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga terutama anak sulung mangsa,Putri Qisya Nur Izzati,12 tahun,yang kini menjadi yatim piatu.


Dalam kejadian Isnin lalu,Allahyarham Mohamad Azim bersama isteri,Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi,31,ditemukan maut bersama empat anak mereka apabila kereta dinaiki terbabas ke dalam Sungai Korok,iaitu dua hari selepas mereka dilaporkan hilang.


Empat anak mereka yang turut terkorban ialah Putra Rayyan Nur,9 tahun; Hawa Adriana Nur,8 tahun; Annayla Humaira Nur,7 tahun dan Tuah Haydar yang berusia enam bulan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.