Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

PDRM fokus cari kotak hitam helikopter terhempas di Sungai Pulai

2025-07-10 IDOPRESS

ISKANDAR PUTERI,10 Julai-Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menumpukan usaha mencari kotak hitam helikopter yang terhempas di Sungai Pulai,pagi tadi.

Ketua Polis Negara,Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata,pihaknya akan bekerjasama rapat dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan agensi keselamatan lain.

Jelas beliau,kerjasama itu penting kerana kotak hitam kini dipercayai tenggelam di dasar sungai.

"Kita memerlukan bantuan daripada agensi berkaitan,termasuk pihak ketiga,untuk naikkan bangkai helikopter tersebut.

Operasi menyelamat turut berdepan cabaran berikutan kedalaman air sekitar 25 kaki,yang memerlukan kepakaran pasukan penyelam khas," katanya.

Sementara itu,tinjauan kru RTM di lokasi nahas mendapati Pos Kawalan Tempat Kejadian telah didirikan bersama khemah pasukan keselamatan.

Antara yang terlibat ialah PDRM,Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia),Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.