2025-07-15
IDOPRESS
Foto hiasan
KUALA LUMPUR,15 Julai - Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan meningkat sedikit,menjejaki kenaikan semalaman di Wall Street susulan ketidaktentuan dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS).
Pada pukul 9.11 pagi,indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.09 mata kepada 1,537.60 daripada 1,537.51 yang dicatatkan pada akhir dagangan semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka susut 1.45 mata pada 1,536.06.
Selain itu,sentimen pasaran secara meluas adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 198 berbanding 120 manakala 256 kaunter tidak berubah,1,855 tidak diniagakan,dan lapan digantung dagangannya.
Jumlah dagangan 124.59 juta saham bernilai RM70.13 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd berkata sesi dagangan semalaman menyaksikan minat belian di pasaran Wall Street dan Perbendaharaan AS,meskipun AS membuat pengumuman mengenai tarif menyeluruh,baru-baru ini.
Firma pembrokeran itu berkata walaupun terdapat sedikit perkembangan dalam meredakan perang perdagangan,sentimen dijangka kekal positif berikutan pemulihan Indeks Dolar AS.
“Walaupun dasar perdagangan AS kekal tidak menentu dan perang perdagangan yang berlanjutan,kami sebaliknya percaya situasi ini mungkin mendorong kepada protokol pemeriksaan lebih ketat dan pematuhan peraturan,sekali gus meningkatkan permintaan terhadap mesin pengimbas keselamatan,” katanya dalam satu nota hari ini.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik satu sen kepada RM9.73,Public Bank dan CIMB masing-masing susut dua sen kepada RM4.32 dan RM6.67 manakala Tenaga Nasional menambah empat sen kepada RM13.94 dan IHH Healthcare kekal tidak berubah pada RM6.59.
Bagi kaunter aktif,NexG,Eldrige Energy dan Hartanah Kenyalang masing-masing turun setengah sen kepada 47.5 sen,64 sen dan 16 sen manakala TWL dan JAKS Resources kekal tidak berubah masing-masing pada 2.5 sen dan 10 sen.
Di papan indeks pula,Indeks FBM Emas meningkat 11.13 mata kepada 11,569.59,Indeks FBMT 100 menokok 9.74 mata kepada 11,330.78 manakala Indeks FBM Emas Syariah meraih 19.77 mata kepada 11,580.37.
Indeks FBM 70 melonjak 54.07 mata kepada 16,841.27 dan Indeks FBM ACE naik 9.47 mata kepada 4,580.99.
Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 29.84 mata kepada 17,634.03,Indeks Tenaga turun 1.25 mata kepada 746.13,Indeks Perladangan sebaliknya meningkat 3.92 mata kepada 7,438.02 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.61 mata kepada 154.48. -BERNAMA