2025-07-16
IDOPRESS
Foto Fail
PONTIAN,16 Julai - Seorang remaja 14 tahun maut dihempap sebatang pokok kelapa sawit,di Pontian,Johor,semalam.
Ketua Polis Daerah Pontian,Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata,pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 11.30 pagi.
"Mangsa sebelum itu bersama rakannya menjalankan kerja-kerja mengorek parit berhampiran kawasan kejadian.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya menerusi kenyataan.