2025-07-22
IDOPRESS
Foto Fail
KUALA LUMPUR,21 Julai - Pasaran getah Malaysia susut ketika mengakhiri dagangan hari ini,diasak kelemahan harga minyak mentah selain pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),kata peniaga.
Beliau berkata penurunan itu turut memaparkan ketidaktentuan berhubung potensi tarif AS serta konflik berterusan di Asia Barat.
“Bagaimanapun,kerugian itu dikekang oleh sentimen optimis daripada rundingan perdagangan AS-China serta tanda-tanda rangsangan ekonomi China yang ketara,” katanya kepada Bernama.
Setakat petang ini,harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global,susut 0.38 peratus kepada US$68.96 setong.
Pada pukul 3.00 petang,Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Getah Mutu Malaysia SMR 20 susut setengah sen kepada 735.50 sen sekilogram manakala lateks pukal turun 2.0 sen kepada 569.50 sen sekilogram. -BERNAMA