Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Pengumuman PM: Rakyat jangka sesuatu positif

2025-07-23 IDOPRESS

Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,23 Julai - Rata-rata rakyat Malaysia menjangkakan sesuatu yang positif susulan pengumuman Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,hari ini.

"Kita hanya menjangkakan ataupun mengharapkan agar mungkin kerajaan boleh melihat kos sara hidup rakyat pada hari ini. Semoga pengumuman yang dibuat oleh kerajaan akan berikan satu kegembiraan buat rakyat," kata rakyat,Zulkiflee Yusof.

"Saya berpandangan bahawa kadar bantuan wajar dinaikkan. Selain itu,saya berharap harga minyak dapat diturunkan kerana kami bekerja dalam sektor e-hailing,Raakash Taumany.

"Mintak kerajaan semak semula daripada segi bantuan itu,Fitri.

"Saya nak kerajaan tolong e-hailing daripada segi turunkan minyak,tolong 'rider' lain dapatkan motosikal supaya 'rider' lain senang,Haziq.

"Saya berharap Perdana Menteri akan mengumumkan supaya hari bekerja dikurangkan kepada empat hari seminggu,dan cuti diberikan selama tiga hari iaitu pada Jumaat,Sabtu dan Ahad," kata Rakyat,Atiq Mumin.

"Saya harapkan ada kenaikan sikit bantuan kepada rakyat yang memerlukan bantuan RAHMAH ke,macam-macam bantuan lagi lah,Muhammad Zahalmizan.

"Saya berharap Perdana Menteri boleh memberikan sesuatu untuk pelajar,Nur Raihan.

"Saya berharap kerajaan dapat memberikan RM500 kepada pelajar. Sebagai pelajar,bantuan sebanyak itu amat bermakna buat kami,Hong Wei Ying.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.