
Foto FB Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR,22 Julai – Kementerian Digital akan memperkenalkan kerangka kerja pusat data yang mampan,Oktober ini bagi menyelaras dasar dan pelaksanaan pembangunan pusat data secara menyeluruh,telus dan proaktif,sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi digital negara.
Dalam kenyataan bersama,Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) serta Kementerian Digital memaklumkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan menjadi agensi utama bagi meluluskan semua permohonan projek baharu dan pengembangan pelaburan sedia ada berkaitan pusat data.
“Perkara ini diputuskan dalam Mesyuarat Pasukan Petugas Pusat Data (DCTF) yang diadakan semalam,dipengerusikan bersama oleh Menteri MITI,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Digital,Gobind Singh Deo.
“Perakuan dan koordinasi di peringkat DCTF penting bagi memastikan setiap inisiatif serta pelaksanaan projek pusat data dapat direalisasikan secara tersusun,selain mengelakkan pertindihan fungsi dan insentif pelaburan,” menurut kenyataan itu.
Foto FB Tengku Zafrul
Kenyataan tersebut menegaskan koordinasi strategik bersama agensi-agensi berkaitan dan kerajaan negeri perlu dilaksanakan secara sistematik untuk menyokong pembangunan ekosistem pusat data yang mampan,berdaya saing,strategik dan mesra pelabur.Tengku Zafrul dalam kenyataan sama berkata,dasar yang jelas dan konsisten telah membantu Malaysia menarik serta meningkatkan pelaburan pusat data,memandangkan pusat data merupakan pemacu utama ekonomi digital dengan anggaran pengganda ekonomi yang tinggi.Sementara itu,Gobind menekankan bahawa dasar yang telus dan tuntas amat penting bagi meyakinkan pelabur terhadap komitmen kerajaan dalam mencapai matlamat pertumbuhan mampan ekonomi digital negara demi manfaat rakyat dan sektor perniagaan.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.