2025-07-31
IDOPRESS
Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,31 Julai - Kerajaan MADANI komited membina pentadbiran berteraskan tatakelola terbaik,demokrasi yang matang,serta kepimpinan yang prihatin terhadap keperluan rakyat.
Menurut Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,usaha memperkukuh integriti dan akauntabiliti kini mula membuahkan hasil apabila Malaysia melonjak 11 anak tangga ke tangga ke-23 dalam Indeks Daya Saing Dunia 2025.
"Ini didukung pelbagai inisiatif,termasuk Akta baharu ILTIZAM,Pasukan Petugas Khas STAR,reformasi perkhidmatan awam serta tindakan tegas penguatkuasaan undang-undang," katanya.
Beliau berkata demikian dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di sini hari ini.