2025-08-01
HaiPress
Kumpulan umur berisiko tinggi iaitu 20 sehingga 39 tahun / Foto BERNAMA
SENDAYAN,31 Julai - Sebanyak 1,359 kematian akibat lemas direkodkan bagi tempoh lima tahun dari 2020 sehingga 2024.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),Datuk Seri Nor Hisham Mohamad,jumlah kematian melibatkan insiden lemas dilihat menaik dalam tempoh tersebut dengan angka kematian melebihi 200 mangsa setahun.
"Berdasarkan statistik,dua kumpulan umur berisiko tinggi iaitu 20 sehingga 39 tahun dan tujuh sehingga 19 tahun yang mencatatkan bilangan kematian tertinggi masing-masing 36 peratus dan 30 peratus daripada keseluruhan angka kematian",katanya pada program Kempen Keselamatan Aktiviti di Air Sempena Hari Pencegahan Lemas Sedunia di Sendayan.
Program tersebut merupakan platform bagi menyampaikan maklumat berkaitan kesedaran masyarakat tentang kepentingan keselamatan dan pencegahan insiden lemas.