Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Doa kebinasaan individu perbuatan terkutuk

2025-08-01 HaiPress

Senator Dr. Zulkifli Hasan (kanan) bercakap kepada media selepas merasmikan Seminar Maqasid Syariah di Seberang Jaya,hari ini

SEBERANG JAYA,31 Julai – Doa yang menjurus kepada kebinasaan atau kehancuran individu lain adalah ditegah sama sekali dalam Islam dan disifatkan sebagai perbuatan terkutuk.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Senator Dr. Zulkifli Hasan berkata,tindakan segelintir pemimpin yang mendoakan kebinasaan serta kejatuhan pemimpin lain tidak berlandaskan ajaran Islam.

“Doa sepatutnya dipanjatkan untuk kebaikan. Nasihat mengenai perkara ini juga telah banyak kali dikeluarkan kepada umum oleh pihak berkuasa agama,mufti serta alim ulama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Maqasid Syariah di Seberang Jaya,hari ini.

Menurutnya,doa kebinasaan wajar ditujukan kepada pihak musuh seperti Israel,bukan sesama umat Islam,apatah lagi kerana perbezaan ideologi politik.

“Semua pihak perlu kembali kepada ajaran al-Quran,iaitu mendoakan kebaikan kepada saudara seagama dan negara kita kerana matlamat kita adalah melihat negara menjadi lebih baik,” jelasnya.

Sabtu lalu,seorang pemimpin politik dilaporkan mendoakan kebinasaan serta kejatuhan seorang pemimpin ketika demonstrasi di ibu kota,yang mendapat kecaman pelbagai pihak.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.