2025-08-25
HaiPress
FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,25 Ogos - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuching iaitu kedua-dua pihak secara bersama memohon supaya prosiding pendengaran ditangguhkan selama sebulan.
Dalam satu kenyataan hari ini,ia berkata penangguhan itu diberikan bagi membolehkan rundingan yang sedang berlangsung di antara kedua-dua pihak dapat diteruskan.
“Pihak yang terlibat masih dalam rundingan dengan tujuan untuk mencapai penyelesaian,” katanya.- BERNAMA