Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Kadar faedah AS dijangka turun, Fed beri isyarat awal

2025-08-25 HaiPress

Foto fail

AMERIKA SYARIKAT,23 Ogos-Rizab Persekutuan (FED) Amerika Syarikat (AS) memberi isyarat bahawa kadar faedah negara itu mungkin akan dikurangkan dalam beberapa bulan akan datang,meskipun berdepan risiko kenaikan inflasi berterusan.

Pengerusinya,Jerome Powell berkata,pasaran buruh AS dan pertumbuhan ekonominya yang semakin lemah memberi risiko kepada sasaran pekerjaan dan inflasi yang ditetapkan Fed.

''Keadaan ini,mungkin memerlukan Fed untuk melaksanakan pelarasan terhadap pendirian dasarnya,'' jelasnya pada simposium tahunan bank pusat itu di Jackson Hole,Wyoming.

Tegasnya,tarif mempunyai kesan yang jelas dan ketara terhadap harga pengguna,dengan kesannya dijangka meningkat dalam beberapa bulan mendatang.

Namun,masih terdapat ketidakpastian mengenai masa serta tahap kesan tersebut,ditambah lagi dengan kadar tarif yang sentiasa disesuaikan dan menyebabkan tempoh pelarasan harga dilanjutkan.

Sejak Januari lalu,Fed mengekalkan kadar dana persekutuan dalam julat sasaran 4.25 peratus hingga 4.5 peratus.

Pendirian itu kekal walaupun berdepan desakan berulang daripada Presiden Donald Trump agar kadar diturunkan dengan alasan kerajaan AS menanggung faedah tinggi ke atas hutangnya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.