2025-08-25
HaiPress
Foto Facebook Ryt Bank
KUALA LUMPUR,25 Ogos - Kumpulan YTL dan SEA Ltd melakar sejarah dalam dunia perbankan menerusi pelancaran Ryt Bank,bank pertama di dunia dikuasakan kecerdasan buatan (AI).
Pengenalan bank itu mengukuhkan lagi masa depan digital negara melalui gabungan inovasi AI bertaraf dunia dengan nilai,bahasa,serta gaya hidup yang membentuk identiti Malaysia.
Pengarah Urusan YTL Power International,Datuk Seri Yeoh Seok Hong dalam satu kenyataan memaklumkan,Ryt Bank membuktikan keupayaan Malaysia untuk mencipta dan membangunkan inovasi yang hebat.
''Dengan menggabungkan AI tempatan bersama nilai serta kepelbagaian masyarakat,kami telah membangunkan sebuah bank yang boleh dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia,bank yang menggunakan bahasa dan memahami budaya kita,serta menetapkan piawaian baharu untuk pengalaman perbankan sebenar,'' menurut kenyataan itu.
Ryt Bank menawarkan perbankan inklusif kepada pelanggan dengan menyokong penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris,dan bakal diperluas kepada bahasa Mandarin menjelang September ini.
Pendekatan berbilang bahasa ini merapatkan jurang antara budaya dan komuniti,memastikan pengurusan wang lebih mudah diakses,di samping meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna.
"Teras utama Ryt Bank ialah Ryt AI,pembantu perbankan yang dikuasakan oleh ILMU,model bahasa besar pertama buatan tempatan di Malaysia,'' tambha kenyataan itu.