2025-09-19
HaiPress
Foto hiasan / BERNAMA
KUALA LUMPUR,19 September - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat,menjejaki prestasi mata wang serantau yang lebih kukuh walaupun dolar AS meneruskan kekuatannya.
Pada 8 pagi,mata wang tempatan berada pada 4.1865/2100 berbanding dolar AS daripada 4.1945/1995 semasa ditutup pada Khamis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit diunjur diniagakan dalam julat RM4.19 hingga RM4.21 berikutan jangkaan aktiviti pengambilan untung berikutan prestasi Indeks Dolar AS (DXY) yang lebih kukuh.
"DXY meningkat 0.49 peratus kepada 97.348 mata,disokong oleh rekod tertinggi dalam ekuiti Amerika Syarikat (AS) manakala hasil Perbendaharaan AS merosot,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata pada Khamis,ringgit menyusut 0.21 peratus berbanding dolar AS kepada RM4.197,kekal di bawah paras psikologi RM4.20 walaupun mencecah RM4.2013 pada tengah hari.
Pada pembukaan dagangan,ringgit lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.8297/8457 daripada 2.8484/8520 semasa ditutup pada Khamis,meningkat kepada 5.6744/7062 berbanding pound Britain daripada 5.7238/7306 dan lebih tinggi berbanding euro kepada 4.9355/9632 daripada 4.9654/9714 sebelumnya.
Mata wang tempatan itu juga lebih kukuh berbanding mata wang ASEAN.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2661/2847 daripada 3.2800/2842,naik berbanding baht Thailand kepada 13.1209/2037 daripada 13.1903/2114 semalam,menokok kepada 253.3/254.8 berbanding rupiah Indonesia daripada 253.7/254.2 dan kukuh berbanding peso Filipina kepada 7.33/7.38 berbanding 7.35/7.36 pada Jumaat. - BERNAMA