2025-10-15
HaiPress
Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,15 Oktober- Seramai 92,205 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditawarkan melanjutkan pengajian ke universiti awam (UA) bagi sesi akademik sesi 2025/2026 di seluruh negara melalui sistem Unit Pusat Universiti (UPU).
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Mustapha Sakmud berkata jumlah tawaran itu melebihi unjuran kapasiti sebenar iaitu 51,677 orang bersamaan dengan pencapaian 178.442 peratus.
"Kita mendengar keluhan daripada Ahli-ahli Parlimen kita dan juga generasi muda untuk mendapatkan tawaran lebih banyak di UA. Jadi kita tawarkan lebih daripada unjuran sebenar kita.
Bagi calon STPM dan setaraf dengannya seramai 88,102 pelajar berjaya ditawarkan ke UA berbanding 76,165 unjuran kapasiti sebenar yang disediakan dengan pencapaian 115.67 peratus," ujar beliau.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemuka Ahli Parlimen Ipoh Timur,Lee Chuan How berhubung statistik terkini pelajar yang ditawarkan kemasukan ke UA sama ada melalui sistem UPU mahupun saluran terbuka.
Bagaimanapun,tiada maklumat terperinci berkaitan tawaran kemasukan UA melalui saluran terbuka kerana tumpuan ketika ini terhadap sistem UPU.