2025-10-15
HaiPress
Foto hiasan
KUALA LUMPUR,15 Oktober – Pasaran karbon dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan hijau serta menarik pelaburan lestari ke arah ekonomi rendah karbon.
Menteri Perladangan dan Komoditi merangkap Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,Datuk Seri Johari Abdul Ghani,berkata pasaran karbon berperanan menggerakkan tindakan iklim dan memperkukuh pelaburan hijau sektor swasta.
“Menerusi inisiatif ini,Malaysia berada di landasan kukuh untuk memastikan pasaran karbon benar-benar mendorong tindakan iklim,menarik pelaburan baharu serta menyokong pertumbuhan inklusif di peringkat domestik dan serantau,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Malaysia Carbon Market Forum 2025 di ibu negara.
Majlis turut menyaksikan pemeteraian memorandum kerjasama antara Bursa Malaysia dan Malaysia Forest Fund (MFF) bagi memperkukuh pelaksanaan perdagangan karbon peringkat nasional.
Menurutnya,rangka kerja nasional pasaran karbon akan terus dimantapkan bagi memastikan perdagangan kredit karbon dijalankan secara telus,berintegriti tinggi dan mematuhi piawaian antarabangsa.
Usaha ini,akan membantu Malaysia menzahirkan komitmen terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) serta aspirasi pelepasan sifar bersih menjelang 2050.
Beliau menekankan kerjasama serantau melalui ASEAN Common Carbon Framework (ACCF) yang bakal memperkukuh integrasi pasaran karbon dan meningkatkan daya saing rantau ini sebagai hab ekonomi hijau.
Datuk Seri Johari menegaskan,pendekatan strategik ini bukan sahaja akan mempercepatkan peralihan kepada ekonomi rendah karbon,tetapi juga memberi manfaat besar kepada komuniti perniagaan,industri.