Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Perkukuh usaha keterjaminan makanan secara menyeluruh

2025-11-10 HaiPress

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu ketika sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga,Majlis Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen/BERNAMA

KUALA LUMPUR,10 November - Usaha keterjaminan makanan dilaksana secara menyeluruh menerusi kerjasama pelbagai kementerian,bagi memastikan bekalan makanan negara kekal stabil dan mampan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,Datuk Seri Mohamad Sabu berkata tumpuan itu melibatkan penyelarasan strategik antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM),Kementerian Ekonomi,Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta kementerian berkaitan lain.

"Memang hak keterjaminan makanan sekarang ini dibuat secara intensif. Bukan hanya KPKM tapi gabungan kementerian yang lain juga. Kita gabungkan tenaga dan kedua-dua Timbalan Perdana Menteri terlibat dalam keselamatanmakanan ini," kata beliau menjawab pertanyaan tambahan Ahli Parlimen Sri Gading,Aminolhuda Hassan dalam sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat.

Tambahnya,bagi tahun 2026,KPKM memperuntukkan RM223 juta bagi melaksanakan sembilan projek pembangunan di Sarawak,termasuk di Batang Lupar,Kota Samarahan,Serian dan Igan,bagi meningkatkan pengeluaran padi di negeri tersebut.

Jelasnya tiada rancangan membawa pesawah dari Semenanjung untuk mengusahakan sawah di Sabah dan Sarawak,kerana kapasiti tempatan di kedua-dua negeri berkenaan mencukupi.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.