Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

BAF 2025 dijangka tarik 35,000 pengunjung  

2025-11-13 HaiPress

Tingkat pertumbuhan sosioekonomi Labuan / Foto RTM

LABUAN,13 November - Kira-kira 35,000 pengunjung disasar menghadiri Borneo Arts Festival,(BAF) 2025 yang berlangsung di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.

Pelbagai tarikan baharu serta persembahan budaya diperkenalkan sepanjang penganjuran bermula hari ini hingga 17 November.

Antaranya,rumah tradisional etnik,persembahan pelbagai budaya,pameran kraftangan kebudayaan dan persembahan lampu cahaya.


Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan,Datuk Seri Noridah Abdul Rahim turut memaklumkan,penganjuran kali ini merupakan permulaan yang lebih besar untuk Labuan.

"Festival bukan sahaja mempromosikan Labuan sebagai destinasi pelancongan dan kebudayaan,namun langkah usaha membantu meningkatkan pertumbuhan sosioekonomi pulau ini",katanya.

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadilah Yusof dijangka merasmikan festival ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.