Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Jasa dan sumbangan bekas Ketua Editor Bernama, S.Sivaselvam dikenang

2025-11-13 HaiPress

Sivaselvam meninggal dunia akibat masalah kesihatan / Foto RTM

KUALA LUMPUR,13 November – Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Ketua Editor Berita Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama),S. Sivaselvam,yang meninggal dunia pagi tadi.

"Jasa serta sumbangan mendiang,S.Sivaselvam dalam bidang kewartawanan amat dihargai dan akan terus dikenang.

"Bagi pihak Kementerian Komunikasi,saya ucapkan takziah kepada keluarga saudara Sivaselvam Sambasivam",katanya menerusi hantaran di Facebook.

Balu mendiang Lalitha S. Nadarajah memaklumkan Sivaselvam,atau lebih dikenali sebagai Siva,77 tahun,menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Cheras akibat masalah kesihatan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.