Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM

2025-11-13 HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,12 November - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM29.05 bilion dalam pasaran konvensional dan RM20.38 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat itu juga akan melaksanakan dua tender repo berbalik,masing-masing berjumlah RM3.10 bilion bagi tempoh tujuh hari dan RM1.7 bilion untuk 30 hari.

Selain itu,bank pusat berkenaan turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan belian balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional berjumlah sehingga RM33.9 bilion dan RM20.4 bilion dalam tender semalaman Murabahah.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.