Rumah Permainan hiburan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Perniagaan kewangan Gelang pintar Berita ekonomi Permainan Teknologi Fesyen Kehidupan Anak Kesihatan Sukan Hartanah Berita Hotel Ibu bapa-anak Makanan

N.Sembilan tumpu empat pelaburan utama dalam Pembangunan Kluster Industri Wilayah Tengah

2025-11-13 HaiPress

Kawasan Perindustrian Sendayan Techvalley semakin menjadi tumpuan pelabur di sini / Gambar Fail

KUALA LUMPUR,12 November - Negeri Sembilan menggunakan peluang sebaik mungkin untuk memperkasa pelaburan khususnya dalam sektor Elektrikal & Elektronik (E&E),Aeroangkasa,Farmaseutikal dan Pemprosesan Makanan menerusi Inisiatif Pembangunan Kluster Industri Wilayah Tengah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Invest NS,Datuk Najmuddin Sharif Sarimon,kekuatan empat negeri bersama-sama Melaka,Selangor dan Kuala Lumpur dapat mewujudkan ekosistem yang baik dengan peluang pekerjaan yang lebih meluas.

Jelasnya lagi,beberapa jajaran tumpuan pembangunan khusus juga telah dirancang antara pembangunan sekitar sempadan membabitkan Selangor dan Melaka .

"Saya berharap dengan wujudnya Kluster Wilayah Tengah antara empat negeri ini dapat mewujudkan peluang pekerjaan lebih baik dan ekosistem lebih baik dan bersifat melengkapi dan membantu antara satu sama lain untuk mewujudkan satu kawasan industri terkemuka di Asia Tenggara," katanya.

Sementara itu,Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Negeri Sembilan Azizul Hakim Abu Haniffa menyatakan,lebih 10 kawasan industri baharu telah dibuka di negeri itu termasuk di Seremban,Bandar Enstek dan Sendayan Tech Valley.

Jelasnya,untuk memperkasa pelaburan,satu program khas telah dilaksana bagi mempercepatkan lagi proses kemasukan pelaburan kenegeri itu.

" Dalam melengkapi peranan tersebut kami akan bersama Invest NS meluluskan lesen pengilang contohnya apabila projek datang ke Negeri Sembilan,kita akan bermesyuarat dan bantu permohonan lesen mengilang. Semua usaha ini bagi memastikan agar projek pelaburan ini sentiasa dalam pemantauan pihak kami," jelas beliau lagi.

Inisiatif Pembangunan Kluster Perindustrian Wilayah Tengah diunjurkan menyumbang sebanyak RM24.5 bilion setahun kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Selangor,Melaka,Negeri Sembilan,dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Inisiatif itu dijangka menarik RM12.5 bilion pelaburan diluluskan setiap tahun dan mewujudkan 5,000 pekerjaan bernilai tinggi dalam tempoh lima tahun akan datang.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.