Rumah Perniagaan kewangan Pendidikan anak-anak Tenaga baru Permainan hiburan Berita ekonomi Gelang pintar Fesyen Teknologi Permainan Kehidupan Kesihatan Berita Sukan Hartanah Makanan Anak Ibu bapa-anak Hotel

Serangan udara Israel ragut lima nyawa termasuk wartawan

2026-04-23 HaiPress

FOTO REUTERS

BEIRUT,23 April – Serangan udara Israel mengorbankan sekurang-kurangnya lima nyawa termasuk seorang wartawan di Lubnan pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI

Tempoh gencatan senjata 10 hari sedia ada dijadualkan berakhir pada Ahad ini.

“Lubnan akan memohon gencatan senjata dilanjutkan sebulan lagi,selain menuntut Israel menghentikan pengeboman dan kemusnahan di kawasan yang diduduki serta komited sepenuhnya terhadap syarat gencatan senjata,” kata pegawai itu.

Meskipun gencatan senjata sedang berkuat kuasa,Israel terus melancarkan serangan yang menyasarkan beberapa lokasi.

Anggota penyelamat mengesahkan wartawan harian Al-Akhbar,Amal Khalil,terkorban dalam serangan pada Rabu,manakala rakan sejawatnya,Zeinab Faraj,dilaporkan cedera.

Menteri Penerangan Lubnan,Paul Morcos menerusi hantaran di X menyatakan bahawa Khalil menjadi sasaran tentera Israel ketika sedang menjalankan tugasannya.

Sementara itu,pihak tentera Israel dalam kenyataannya mendakwa serangan dilakukan terhadap kenderaan yang disyaki digunakan oleh Hizbullah selepas mendakwa individu terlibat melanggar gencatan senjata dan mendatangkan ancaman.

Sejak peperangan meletus,pihak berkuasa Lubnan melaporkan sekurang-kurangnya 2,454 orang telah terkorban.

Majlis penyelidikan saintifik negara itu pula menganggarkan lebih 50,000 unit kediaman telah rosak atau musnah sepenuhnya akibat bedilan Israel.

Dalam pada itu,Perancis mengesahkan kematian askar keduanya akibat kecederaan yang dialami dalam serangan hendap terhadap pasukan pengaman PBB di Lubnan pada hujung minggu lalu.

Serangan itu dikaitkan dengan Hizbullah,namun kumpulan berkenaan menafikan penglibatan mereka. – AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.